Selamat Datang...Welcome...Ahlan Wahsahlan...


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 23 November 2011

Software(Perisian) Pemulihan

http://uluskum.net/remedial/

RPH KV+KV

       
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Nama Guru: Suhaimi Bin Itam
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Palong 7(F) Gemas Negeri Sembilan Darul Khusus
Kelas: 2 Bijak
Tarikh:   10.11.2011
Hari: Khamis
Masa :11.35-12.05
Mata Pelajaran Bahasa Melayu


KUMPULAN
TANGKAS
PANTAS
CERDAS

Nama Murid



Mohd Hiful b Mazlan
Mohd Fahmi B Karim
Mimie Nabila bt Abu Bakar
Zunika bt Aziz
Alias b Rosnan
 Mohd Ifran hakim

Mohd Farizal b Shahizan
Khayanie bt Jais
Amirul Alif b Mohd Shah

Tajuk/Tema



Perkataan KV +KV

Hasil Pembelajaran


s. Pada akhir Pengajaran Murid dapat menyebut nama benda dengan perkataan
t.Menyatukan dua suku kata menjadi perkataan yang bermakna berdasarkan suku kata kv+kv
u. Mengeja perkataan kv+kv
v. Menulis perkataan berdasarkan gambar dengan betul





 Murid dapat menyebut dan mengeja suku kata KV yang betul melalui lagu yang ditonton
Murid menyebut suku kata KV  berdasarkan huruf yang terdapat dalam belon yang letupkan





Murid dapat membentuk perkataan kv+kv  berdasarkan gambar yang terdapat dalam belon yang dipecahkan
Murid mengeja  4 daripada  perkataan berdasarkan gambar yang terdapat dalam belon yang diletupkan





Lembaran kerja (bertulis ) berdasarkan petikan kv+kn yang dilampirkan










Kemahiran



Huruf Vokal

Perkataan KV

Perkataan  KV +KV
Pengetahuan Sedia ada

Huruf Vokal
A,e,I,o,u

                 KV

                KV  +  KV

Bahan Bantuan Mengajar


   VCD.   TV
  Belon
 Kad Huruf
Pita pelekat
Kad Suku Kata
Kad Gambar
Penerapan Nilai Murni

Kerjasama
Tolong menolong
Unsur KBKKn
 Menyenarai kan  perkataan KVKV didalam kelas.Murid boleh melihat perkataan KVKV didalam bilik darjah

Kumpulan



TANGKAS

PANTAS

CERDAS

Set Induksi
      
       5 minit

1.       Guru bersoal jawab dengan murid
2.       Murid menyanyi  berpandukan VCD
3.       Guru meminta murid berada didalam kumpulan masing masing
4.       Murid meniup belon  yang mengandungi huruf  vocal dan perkataan KV


Langkah 1

       10 minit


Permainan  Meniup Belon  1

Murid meniup sebiji  seorang satu. Didalam belon di letakan perkataan kv+kv
Murid akan mengeja perkataan yang telah dikeluarkan didalam belon .
Perkataan yang telah dibentuk murid akan di eja dengan kuat kepada ahli kumpulan .

Permainan meniup belon 2

Murid  meniup belon yang telah diletakkan gambardi dalamnya.
Gambar yang diletakkan berdasarkan  perkataan KV+KV contoh: Gambar  Kuda, Buku dan sebagainya



Lembaran kerja

Murid  menjawab lembaran  lembaran kerja KV+KV  yang diedarkan oleh guru.

Latihan berdasarkan
Yang diberi kan berdasarkan pelajaran hari ini

Langkah 2

  10 minit

Perkataan  KV+KV akan dilekatkan di papan hitam.
 Murid akan melekatkan perkataan KV+KV menjadi perkataan yang bermakna


Murid akan mengambil gambar dalam belon tersebut


Langkah 3
    10 minit

Murid akan membaca  dengan sebutan yanb betul dan dipandu oleh guru
Gambar yang telah diperolehi dari belon akan di tampal pada kertas yang telah disediakan


Penutup


     5 minit








Guru merumuskan pelajaran pada hari ini.

Penutup kognitif

Murid akan menyanyikan semula lagu KV .

1.Murid menyebut semula perkataan yang telah
2.Murid menyalin perkataan yang telah dilekatkan dipapan hitam
              Contoh :Kumpulan Tangkas  menyalin .Kumpulan  Pantas menyiapkan
              menampal  gambar dan menulis KVKV,Kumpulan   menyiapkan lembaran yang 
              disediakan.

  Penutup Sosial

1.Murid berkerjasama dalam menjalankan semua aktiviti.
2.Guru mengupapkan tahniah kepada murid kerana berjaya menjalankan aktiviti
3.Lembaran kerja dapat disiapkan oleh murid.

Makro Teaching Pemulihan (Suku Kata Terbuka KV+KV)

Tuesday 1 November 2011

Konsep Program Pemulihan

Pautan untuk BBM Pemulihan

Senarai pautan di bawah berkaitan dengan BBM untuk pengajaran pemulihan..

1.Asas Membaca : www.youtube.com/watch?v=bjuItr_Eo08&feature=related

2.Kad Imbasan Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun Satu : www.youtube.com/watch?v=OScmOLOARew&feature=related

3.Seronoknya Belajar Tatabahasa Tahap 1 www.youtube.com/watch?v=DwgwGwp1Y7g&feature=related

4. LANGKAH 1 SUKU KATA TERBUKA :www.youtube.com/watch?v=jt4eR-bw1tY&feature=related

5. Suku kata tertutup : www.youtube.com/watch?v=_sHv-LKi-sw&feature=related

5.

Perkataan vokal berganding bm pem

Belajar membaca

Rancangan Pengajaran Tahunan Pemulihan

rancangan tahunan pemulihan khas

Rancangan Pengajaran Tahunan Bahasa Melayu Pemulihan

RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN BAHASA MELAYU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

Pengenalan Kelas Pemulihan Khas

PENGENALAN

Dalam pendidikan pemulihan khas, bilik / kelas merupakan satu daripada keperluan asas yang utama yang perlu disediakan kerana mengikut konsep pemulihan khas.

Murid-murid yang ketinggalan / lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dibawa keluar dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan. Dengan yang demikian dalam menentukan bilik / kelas yang sesuai dan paling ideal, beberapa ciri / keperluan berikut perlu diambil kira.

TUJUAN

1. Masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik-baiknya
untuk mencapai objektif pengajaran.

2. Dapat menggunakan kemudahan yang terdapat dalam kelas dengan berkesan.

3. Dapat mengadakan suasana pembelajaran yang menggalakkan.



CARA UNTUK MENGADAKAN KELAS PEMULIHAN

Disyorkan 3 alternatif seperti berikut :

1. Sekolah-sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah , murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja. Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi 15 orang.

2. Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang.

3. Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang. Pemilihan mana-mana satu alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan di antara Guru Kelas Khas Pemulihan dengan guru besar dan guru-guru asas.

BILIK / KELAS

a ) Lokasi bilik / kelas untuk dijadikan Kelas Khas Pemulihan adalah sangat bergantung kepada keadaan kemudahan yang sedia ada serta kemampuan di sesebuah sekolah. Tetapi dengan menyedari ciri-ciri kanak-kanak pemulihan, kelas-kelas lain kantin, atau padang-padang permainan boleh digunakan supaya aktiviti yang berlaku di tempat – tempat tersebut tidak akan mengganggu sesi pengajaran pemulihan.

b) Kesesuaian seperti juga kelas-kelas biasa yang lain perlu diambil kira dari segi
keselesaan ruang dengan bilangan murid, cahaya serta edaran udara yang mencukupi, kerusi dan meja serta saiz dan susunan fizikalnya yang selaras dengan
ukuran dan bilangan murid-murid yang terlibat.

c) Penyusunan perabot, papan tulis, papan pameran dan tempat – tempat penyimpanan perlu diubah suai sebagai dorongan kearah pengajaran yang menyeronokkan dan yang berkesan, sesuai dengan matlamat menuju ke pengkhususan 2M di sekolah rendah. Prinsip – prinsip yang terjalin dan dipraktikkan dalam penyusunan kelas seperti ini ialah suasana fizikalnya, sosial, emosi dan rasa hati yang selesa dan gembira untuk murid-murid : bidang dinamik kumpulan yang menyokong pembelajaran atau tugasan yang diberikan : dan penyusunan perabot yang membantu rutin pengurusan.


PENTADBIRAN KELAS


Bagi mentadbirkan sesebuah kelas Pendidikan Pemulihan Khas, Guru Pemulihan Khas hendaklah menyediakan beberapa keperluan lain yang semestinya ada dalam kelas pemulihan.

Di antaranya ialah :

1. Jadual waktu kelas / persendirian

2. Carta alir Program Pendidikan Pemulihan Khas.

3. Selain daripada itu di dalam kelas pemulihan ini juga perlu disediakan ruang –
ruang pembelajaran mengikut kesesuaian dan keluasan bilik . Di antara ruang
pembelajaran yang dicadangkan ialah ruang disiplin.

4.1 Membuat runding cara dengan ibu bapa / penjaga murid.
4.2 Membuat penyediaan bahan - bahan pengajaran.
4.3 Mengemaskinikan rekod – rekod.
4.4 Bimbingan dan Kaunseling kepada murid.
4.5 Runding cara dengan guru kelas / mata pelajaran tentang perkembangan murid kelas biasa.
4.6 Runding cara dengan Guru Besar untuk meningkatkan mutu pencapaian murid.
4.7 Mengemaskinikan sudut – sudut pameran pembelajaran.
4.8 Sentiasa memikirkan bagaimana untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kelas pemulihan.

PENGELOLAAN SISTEM FAIL KELAS PEMULIHAN KHAS


01 . FAIL INDUK

Kandungan
a. Surat – surat Perhubungan Luar / Dalaman
b. Carta Organisasi Kurikulum & Panitia
c. Jawatankuasa Panitia
d. Pekeliling – pekeliling Ikhtisas
( contoh : PP Ikh . Bil 4 /96 )


02 . FAIL SUKATAN PELAJARAN


Kandungan
a. Sukatan Pelajaran Kelas Pemulihan Khas
b. Huraian Sukatan Pelajaran Pemulihan Khas
c. Rancangan Pelajaran Tahunan
d. Senarai Bahan Bantu Mengajar & Kedudukannya


03 . FAIL MESYUARAT

Kandungan

a. Surat – surat panggilan mesyuarat peringkat sekolah
b. Buku Minit mesyuarat panitia
( sekurang – kurangnya 3 X setahun )


04. FAIL PROGRAM KECEMERLANGAN


Kandungan
a. Program Developmental dan Rutin
b. Laporan - laporan program


05 . FAIL ANALISIS IPP2M


Kandungan
a. Analisis IPP2M


06 . FAIL PENYELIAAN / PENCERAPAN

Kandungan
a. Guru Besar
b. Guru Penolong kanan


07 . FAIL PEMERIKSAAN HASIL KERJA MURID


Kandungan
a. Jadual Pemeriksaan
b. Instrumen Pemeriksaan


08. FAIL AKTIVITI KOKURIKULUM AKADEMIK

Kandungan
a. Surat Mesyuarat
b. Senarai Aktiviti Tahunan yang dirancang
c. Laporan Aktiviti yang telah dijalankan

09 . FAIL BANK SOALAN

Kandungan
a. Semua set ujian yang digunakan.


10 . FAIL MAKLUMAT GURU PEMULIHAN

Kandungan
a. Jadual guru Pemulihan
b. Maklumat guru Pemulihan

Monday 31 October 2011

Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Pemulihan

Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Pemulihan

Mengenal pasti murid Pemulihan Khas

Bagaimana kita ingin mengkelaskan atau mengkategorikan seseorang murid sebagai murid yang layak mengikuti kelas Pemulihan Khas?..Di sini saya ingin berkongsi pandangan berdasarkan ciri-ciri yang patut kira ambil tahu.

Antara ciri-ciri kanak-kanak pemulihan ialah;

a. Emosi dan Tingkahlaku
  • Perasaan rendah diri.
  • Perasaan risau.
  • Perasaan sedih, hiba atau duka.
  • Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran.
  • Perasaan takut akan perkara-perkara baru.
  • Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
  • Pasif.
  • Malas

b. Sosial
  • Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan.
  • Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
  • Gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
  • Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
  • Menangis - enggan masuk darjah.
  • Hyper aktif.

c. Kesihatan
  • Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
  • Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
  • Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
  • Lemah gerakkan motor-kasar dan halus.
  • Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
  • Kurang menjaga kebersihan diri.

d. Kesediaan Belajar
  • Belum bersedia untuk belajar.
  • Perbendaharaan kata kurang.
  • Lemah pemahaman.
  • Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
  • Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

e. Pengamatan
  • Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
  • Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
  • Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
  • Lambat mengkelaskan benda.
  • Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
  • Tidak dapat menyelesaikan masalah.
  • Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
  • Tidak kreatif.
  • Lemah pergerakan dan perbuatan.
  • Lemah daya pemikiran/ingatan.
  • Tidak boleh mengingat kembali.

Mengenal pasti Murid Pemulihan Khas
1. Melalui perbincangan dengan guru kelas atau guru mata pelajaran.
2. Rekod-rekod prestasi
3. Rekod kesihatan
4. Kerja-kerja harian murid
5. Melalui pemerhatian
6. Punca-punca lain yang diperolehi

Saturday 22 October 2011

Kenangan bersama Pemulihan SK Palong 9

8 tahun pengalaman mengajar pemulihan di SK Palong 9 (f)..kini tinggal kenangan....








Kenangan bersama JU Pemulihan Negeri Sembilan

Hi tea Perpisahan Jurulatih Utama Pemulihan Khas N.Sembilan 2010/2011




Seremban, 26 Mac : Bertempat di Klana Resort Seremban, telah berlangsung satu majlis jamuan minum petang bagi menghargai 4 orang Jurulatih Utama Pemulihan Khas N.Sembilan yang bersara, naik pangkat dan berpindah ke negeri lain. Jamuan ini telah di hadiri oleh En. Mohamad Nek Ezar bin Ismail , Ketua Unit Pendidikan Khas JPNS dan Puan Azah Shariza bt Abdul Aziz , Penolong Pengarah Pemulihan Khas JPNS. Majlis turut disertai oleh beberapa orang JU Pemulihan Khas N.Sembilan. Di harapa segala sumbangan dan kerjasama yang dicurahkan mereka akan terus mekar dan diingati seluruh warga pemulihan khas N.Sembilan. 1. Puan Hjh Rogayah Bt Hasan - Bersara 2. En. Medon bin Amat - Fasi Linus Seremban 3. En. Suhaimi bin Itam - GPK KOKO 4. Puan Lestari bt Marfuzah - berpindah ke Johor

PERANAN GURU PEMULIHAN KHAS

PERANAN GURU PEMULIHAN
i. Sebagai Penilai ( An Assessment Role )
- Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid
yang memerlukan pemulihan khas.
- Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti masalah pembelajaran
yang khusus yang dihadapi oleh murid-murid.
- Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan
tersusun.
- Cara melaksana penilaian : Formal/Tak formal
ii. Preskriptif ( Presciptive Role )
- Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-
kanak yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.
- Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana
keadaan memerlukan.
iii. Peranan Pengajaran (A Teaching Therapeutik)
- Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah
kemahiran asas 3M.
- Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai “ team
teaching ” / “ guru pendamping ” sekiranya perlu.

iv. Peranan Khidmat Bantu ( A Supportive Role )
- Membantu guru-guru merancang dan penambahbaikkan aktiviti-aktiviti dan
bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
- Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-murid yang
menghadapi masalah 3M.
v. Peranan Perhubungan ( A Liaison Role )
- Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan maklumat murid.
- Memberi cadangan kepada ibu bapa untuk membantu pembelajaran anak-anak mereka.
- Tujuan mengadakan penilaian mesti jelas
- Bersikap jujur semasa menilai
- Menilai semua dokumen awal – KIA2M sebelum pengesahan penempatan
- Ujian Pencapaian setiap 3 bulan – mengesahkan tahap penguasaan kemahiran

BIDANG TUGAS GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

- Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang
terpilih dari Tahun 2 hingga Tahun 6. Keutamaan hendaklah diberi kepada
murid-murid Tahun 1 hingga 3.
- Membantu guru-guru asas dalam hal:
- Mengenalpasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan
sama ada di kelas biasa atau kelas khas.
- Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan-bahan pemulihan.
- Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan khas.
- Mengajar sebagai guru pembimbing untuk membantu guru mata pelajaran asas
sekiranya keadaan memerlukan.
- Berjumpa dan berbincang dengan guru , ibubapa, doktor, pegawai
kebajikan dan pihak-pihak lain yang boleh membantu untuk mendapatkan
maklumat lanjut tentang tingkah laku, kesihatan dan keterangan lain mengenai
latar belakang murid.
- Melaksanakan penilaian dan merekodkannya secara berterusan untuk
mengetahui prestasi murid-murid yang mengikuti kelas pemulihan. Isi-isi rekod
hendaklah mengandungi:
-Laporan prestasi murid.
-Latar belakang murid.
-Laporan kesihatan murid.
-Hasil-hasil temubual dan rujukan

- Menyediakan fail diri bagi setiap murid pemulihan.
Fail diri murid mengandungi:
- Borang Pencalonan.
- Borang Latar belakang Murid Pemulihan.
- Borang Pengumpulan Maklumat.
- Ujian Saringan dan Diagnostik
- Lembaran Kerja
- Hasil Penilaian yang telah dijalankan.
- Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid.

- Membentuk jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

- Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah di mana keadaan
memerlukan.

- Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajkan murid-murid pemulihan
di sekolah.

Tugas-tugas lain:
- Membuat runding cara dengan ibu bapa / penjaga murid.
- Membuat penyediaan bahan - bahan pengajaran.
- Mengemaskinikan rekod – rekod.
- Bimbingan dan Kaunseling kepada murid.
- Runding cara dengan guru kelas / mata pelajaran tentang perkembangan murid kelas biasa.
- Runding cara dengan Guru Besar untuk meningkatkan mutu pencapaian murid.
- Mengemaskinikan sudut – sudut pameran pembelajaran.
- Sentiasa memikirkan bagaimana untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kelas pemulihan.