Selamat Datang...Welcome...Ahlan Wahsahlan...


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday 31 October 2011

Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Pemulihan

Rancangan Pengajaran Tahunan Matematik Pemulihan

Mengenal pasti murid Pemulihan Khas

Bagaimana kita ingin mengkelaskan atau mengkategorikan seseorang murid sebagai murid yang layak mengikuti kelas Pemulihan Khas?..Di sini saya ingin berkongsi pandangan berdasarkan ciri-ciri yang patut kira ambil tahu.

Antara ciri-ciri kanak-kanak pemulihan ialah;

a. Emosi dan Tingkahlaku
  • Perasaan rendah diri.
  • Perasaan risau.
  • Perasaan sedih, hiba atau duka.
  • Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran.
  • Perasaan takut akan perkara-perkara baru.
  • Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
  • Pasif.
  • Malas

b. Sosial
  • Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan.
  • Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
  • Gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
  • Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
  • Menangis - enggan masuk darjah.
  • Hyper aktif.

c. Kesihatan
  • Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
  • Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
  • Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
  • Lemah gerakkan motor-kasar dan halus.
  • Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
  • Kurang menjaga kebersihan diri.

d. Kesediaan Belajar
  • Belum bersedia untuk belajar.
  • Perbendaharaan kata kurang.
  • Lemah pemahaman.
  • Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
  • Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

e. Pengamatan
  • Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
  • Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
  • Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
  • Lambat mengkelaskan benda.
  • Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
  • Tidak dapat menyelesaikan masalah.
  • Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
  • Tidak kreatif.
  • Lemah pergerakan dan perbuatan.
  • Lemah daya pemikiran/ingatan.
  • Tidak boleh mengingat kembali.

Mengenal pasti Murid Pemulihan Khas
1. Melalui perbincangan dengan guru kelas atau guru mata pelajaran.
2. Rekod-rekod prestasi
3. Rekod kesihatan
4. Kerja-kerja harian murid
5. Melalui pemerhatian
6. Punca-punca lain yang diperolehi

Saturday 22 October 2011

Kenangan bersama Pemulihan SK Palong 9

8 tahun pengalaman mengajar pemulihan di SK Palong 9 (f)..kini tinggal kenangan....








Kenangan bersama JU Pemulihan Negeri Sembilan

Hi tea Perpisahan Jurulatih Utama Pemulihan Khas N.Sembilan 2010/2011




Seremban, 26 Mac : Bertempat di Klana Resort Seremban, telah berlangsung satu majlis jamuan minum petang bagi menghargai 4 orang Jurulatih Utama Pemulihan Khas N.Sembilan yang bersara, naik pangkat dan berpindah ke negeri lain. Jamuan ini telah di hadiri oleh En. Mohamad Nek Ezar bin Ismail , Ketua Unit Pendidikan Khas JPNS dan Puan Azah Shariza bt Abdul Aziz , Penolong Pengarah Pemulihan Khas JPNS. Majlis turut disertai oleh beberapa orang JU Pemulihan Khas N.Sembilan. Di harapa segala sumbangan dan kerjasama yang dicurahkan mereka akan terus mekar dan diingati seluruh warga pemulihan khas N.Sembilan. 1. Puan Hjh Rogayah Bt Hasan - Bersara 2. En. Medon bin Amat - Fasi Linus Seremban 3. En. Suhaimi bin Itam - GPK KOKO 4. Puan Lestari bt Marfuzah - berpindah ke Johor

PERANAN GURU PEMULIHAN KHAS

PERANAN GURU PEMULIHAN
i. Sebagai Penilai ( An Assessment Role )
- Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid
yang memerlukan pemulihan khas.
- Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti masalah pembelajaran
yang khusus yang dihadapi oleh murid-murid.
- Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan
tersusun.
- Cara melaksana penilaian : Formal/Tak formal
ii. Preskriptif ( Presciptive Role )
- Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-
kanak yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.
- Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana
keadaan memerlukan.
iii. Peranan Pengajaran (A Teaching Therapeutik)
- Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah
kemahiran asas 3M.
- Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai “ team
teaching ” / “ guru pendamping ” sekiranya perlu.

iv. Peranan Khidmat Bantu ( A Supportive Role )
- Membantu guru-guru merancang dan penambahbaikkan aktiviti-aktiviti dan
bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.
- Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-murid yang
menghadapi masalah 3M.
v. Peranan Perhubungan ( A Liaison Role )
- Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan maklumat murid.
- Memberi cadangan kepada ibu bapa untuk membantu pembelajaran anak-anak mereka.
- Tujuan mengadakan penilaian mesti jelas
- Bersikap jujur semasa menilai
- Menilai semua dokumen awal – KIA2M sebelum pengesahan penempatan
- Ujian Pencapaian setiap 3 bulan – mengesahkan tahap penguasaan kemahiran

BIDANG TUGAS GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

- Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang
terpilih dari Tahun 2 hingga Tahun 6. Keutamaan hendaklah diberi kepada
murid-murid Tahun 1 hingga 3.
- Membantu guru-guru asas dalam hal:
- Mengenalpasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan
sama ada di kelas biasa atau kelas khas.
- Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan-bahan pemulihan.
- Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan khas.
- Mengajar sebagai guru pembimbing untuk membantu guru mata pelajaran asas
sekiranya keadaan memerlukan.
- Berjumpa dan berbincang dengan guru , ibubapa, doktor, pegawai
kebajikan dan pihak-pihak lain yang boleh membantu untuk mendapatkan
maklumat lanjut tentang tingkah laku, kesihatan dan keterangan lain mengenai
latar belakang murid.
- Melaksanakan penilaian dan merekodkannya secara berterusan untuk
mengetahui prestasi murid-murid yang mengikuti kelas pemulihan. Isi-isi rekod
hendaklah mengandungi:
-Laporan prestasi murid.
-Latar belakang murid.
-Laporan kesihatan murid.
-Hasil-hasil temubual dan rujukan

- Menyediakan fail diri bagi setiap murid pemulihan.
Fail diri murid mengandungi:
- Borang Pencalonan.
- Borang Latar belakang Murid Pemulihan.
- Borang Pengumpulan Maklumat.
- Ujian Saringan dan Diagnostik
- Lembaran Kerja
- Hasil Penilaian yang telah dijalankan.
- Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid.

- Membentuk jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

- Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah di mana keadaan
memerlukan.

- Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajkan murid-murid pemulihan
di sekolah.

Tugas-tugas lain:
- Membuat runding cara dengan ibu bapa / penjaga murid.
- Membuat penyediaan bahan - bahan pengajaran.
- Mengemaskinikan rekod – rekod.
- Bimbingan dan Kaunseling kepada murid.
- Runding cara dengan guru kelas / mata pelajaran tentang perkembangan murid kelas biasa.
- Runding cara dengan Guru Besar untuk meningkatkan mutu pencapaian murid.
- Mengemaskinikan sudut – sudut pameran pembelajaran.
- Sentiasa memikirkan bagaimana untuk mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kelas pemulihan.